Monday, December 28, 2009

SORRY FOR THE INCONVENIENCE

ASSALAMUALAIKUM


Sorry, mintak maaf bebanyak.

Aku tau selama nie aku banyak buat salah kat korang.

Mungkin selame nie aku kurang sedar.

Tapi la nie.... la nie aku dah insaf.

Aku sedar yang aku nie tak pandai susun kata2

Kadang2 aku tersilap cakap

Sampai buat korang terasa hati.

Maaf kalau selama nie

Aku tak pernah pikir panjang sebelum aku buat sesuatu

Sampai buat korang tak puas hati.

Sbb memang hakikatnye

Aku nie tak pandai

Skali lagi...sorry bebanyak

sorry sbb aku nie cuma manusia biase

Biasa......


WASSALAM

Friday, December 18, 2009

PENGISYTIHARAN PERANG.....

ASSALAMUALAIKUM.......

Rasenye dah lame dah aku tak menulis dalam blog aku nie. Dah dekat sbulan kot..... mungkin sbb sibuk. Tapi mostly sbb malas... malas semalas-malasnye


Hidup aku kat rumah nie berbeza dari hidup aku mase kat Shah Alam dulu. Macam tu jugak la ngan perangai aku. Azam di Terengganu tak sama ngan Azam di Shah Alam. Azam yang suke pegi surau, yang makan sikit sbb nak save duit, yang rela berjalan berkilo-kilo meter daripada naik teksi.


Sbb apa??? Sbb terengganu tak sama macam Shah Alam. Duit tak pernah putus, hiburan macam2, nak internet ade, nak tv ade(siap ngan astro lagi), nak futsal ade, macam2 ade. Tak payah susah2 kalau nak gi jalan mane2. Taknak beskal moto ade, Taknak moto, kete ade. Pendek crite, Terengganu nie macam syurga buat aku. Apa nak, suma tersedia......


Tapi akhirnya.... akhirnya baru skarang rase rindu nak balik ke Shah Alam. Rindu zaman2 nak hidup kene struggle, zaman serba kekurangan, zaman iman jadi umpama permata. Dijaga di pelihara malam dan siang. Sbb apa?? sbb takut. Takut nanti tersilap jalan. Takut nanti tersilap teman. Takut nanti terbatal iman. Takut nanti jadi murtad sambil bergurau ngan kawan2...


Dan skang nie.. di Terengganu, hidup aku kembali macam zaman kecik2. Hidup dalam lindungan ibubapa. Tapi iman semakin hari jadi nipis. Senipis kulit bawang. Sbb dah takde lagi cabaran, dah tak perlu lagi bermujahadah dari sebarang lambaian pusat2 maksiat. Tapi aku jadi lupa.... lupa bahawa syaitan tu ade kat mane2. Dan kat rumah nie...kat syurga nie.... lagi kuat die membisik...lagi syahdu.. lagi merdu.. hingga kadang2 aku ibarat bertuhankan syaitan.. nauzubillah...astaghfirullah....

Dan aku kembali tersentak di tahun baru nie. Smakin jauh rupanya aku dari Azam yang dulu. dari Azam yang suke ke surau. Yang tiap2 minggu pegi usrah, yang rela bersusah sket dari menyusahkan mak bapak.....dan aku harus kembali berazam, untuk jadi lebih baik, lebih beriman, lebih bertaqwa......


Dan hari nie aku isytiharkan perang....perang melawan maksiat, perang keatas bisikan syaitan, perang keatas hawa nafsu, dan penting skali... perang terhadap diri aku sendiri.. yang selama nie slalu sangat kalah dengan ajakan syaitan yang lebih hina dari diri aku sendiri.....



SALAM MAAL HIJRAH......


WASSALAM

Wednesday, November 25, 2009

ANAK KOTA PULANG KE DESA

ASSALAMUALAIKUM

Ni la post terakhir aku kat mais nie. lepas nie dah nak balik Terengganu. Naik bas pukul 9.30, harap2 la jalan ke Terengganu tak banjir.

Selama nie aku tak sabar2 nak balik kampung. Ye la. Ngan keadaan MAIS yang tahap tak lepas CF nie, tambah pulak ngan karenah MSU yang bermacam-macam, sape yang boleh tahan. Kalau sikit2 takpe lagi, nie tak..............

Tapi, smakin dekat ngan waktu departure(padahal naik bas je), makin aku rase sedih. Tak tau la sbb ape. Belum ape2 da start rase rindu ngan Shah Alam nie. Sedih sbb lepas nie da tak boleh jumpe ngan ikhwah2 usrah aku, ngan geng JPA dan tak lupe ngan bebudak MAIS.

Kalau diimbas balik setahun setengah nie, aku sebenarnya dah banyak berubah. Kire macam dah dewasa la. Dan kalau bukan sbb aku ditakdirkan duk kat Shah alam nie, aku rase aku takkan jadi macam siapa aku hari nie. Kat sini aku belajar untuk bersabar, paham sifat dan perangai orang lain, belajar untuk memahami dan menerima, berjuang untuk memegang prinsip hidup aku, tapi masih boleh menerima prinsip orang lain, dan berlapang dada walau seteruk mana pun aku diasak ngan perangai dan karenah manusia.

Rindu kat Shah Alam. Gelanggang aku mengutip cebisan2 pengalaman, buat bekalan di hari kemudian. Lepas nie dah takde lagi Solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, takde lagi Plaza Alam Sentral, takde lagi Surau MAIS, takde lagi MSU, dan takde lagi Seksyen 3.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang lebih baik daripada sebelumnya, dan tetapkanlah aku dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Mu Ya Allah

WASSALAM.................

Sunday, November 22, 2009

PERIHAL TUDUNG DAN SOGO

ASSALAMUALAIKUM.....

Aku baru je balik dari KL.. Kuala Lumpur.... ibu negara Malaysia.... or should i say ibu neraka.... semalam aku sempat ronda2 KL ngan mak aku. Jalan2 kat sogo beli baju. Lagipun mega sale baru start. Tapi sepanjang mase aku kat sogo tu aku terperasan satu benda.

TUDUNG................

Yup, tudung. Hampir 98 peratus perempuan yang aku jumpe kat sogo ari tu pakai tudung. Mesti korang akan cakap.. 'Okay la macam tu, takkan tu pun nak komen'... dan aku akan jawab..'Ya, memang bagus. bagus sangat2.....tapi...'

Aku mengaku, yang aku nie suka berprejudis, dan dalam kepala aku nie bile dengar je KL, aku terus terpikir....KL= tempat maksiat secara berjamaah=remaja kurang ajar=pempuan free hair= budak laki punk. Itu da memang stereotype.... dari dulu sampai sekarang....dan realiti yang aku nampak kat sogo aritu buat aku terpikir, ape dah jadi sbenarnya???

Kebetulan???? Atau semua dah insaf??? Atau semata-mata terperangkap ngan fesyen ala-ala muslimah yang tengah meletop-letop skang nie??? Sambil tangan aku sibuk membelek-belek baju yang tengah diskaun gile2 kat sogo tu, otak aku ligat memikirkan satu penjelasan yang logik......

Dan sampai skang nie pun aku masih tertanya-tanya apa sbenarnye yang berlaku... Tapi mungkin bukan itu pengajaran yang Allah nak bagi kat aku, mungkin ade sesuatu yang tersirat. Mungkin Dia nak bagitau bahawa aku ni JUMUD...ya..jumud.

Jumud sbb selalu pikir yang buruk2 pasal orang lain, Jumud sbb aku tak pernah terpikir yang manusia, seburuk dan sekotor mana pun..tetap boleh berubah menjadi manusia yang lebih mulia dan lebih suci dari aku nie. Jumud sbb aku terlupa bahawa Allah itu mampu membolak-balikkan hati manusia......

"Wahai Dzat yang Membolak-balikkan Hati, Tetapkan Hatiku Dalam Agama-Mu"

Dan mungkin KL bukan lagi seperti KL yang dulu. Bukan lagi sarang manusia2 yang jahil akan tuhannya, bukan lagi tapak pesta tempat manusia yang lupa tempat kembalinya, bukan lagi tapak pasar manusia memperdagangkan agamanya demi secebis nikmat dunia.....

Dan mungkin antara menara2 yang melangit itu masih ada manusia2 yang berasa kerdil dihadapan tuhan mereka. Dan disebalik noda2 gelap jalan belakang mati Lorong Haji Taib itu masih ade secebis keinsafan, di balik mendung langit dikala senja itu masih ada sejalur sinar keimanan. dan semuanya kerana tudung, sogo dan megasale......
Wallahua'lam....




Tuesday, November 17, 2009

A LEVEL DA ABIS, GOOD BYE SHAH ALAM....

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah, akhirnye berjaya jugak aku menyelesaikan program A level aku kat MSU(baca: kem tahanan akademik) selepas berbagai-bagai torture yang kitorang sume kene tanggung, ditambah ngan keadaan rumah yang tak macam rumah pun.

Lepas nie.... cuti 3 bulan. nak buat ape ekk??? keje.....maybe, ambik kelas bahasa arab....insyaAllah, finishing my 'unfinished business????'....hmmm..takpe, biar slow and steady, jangan nanti ape yang dikejar tak dapat, ape yang dikendong berciciran pulak.

So, apepun, ade satu hal je lagi perlu diselesaikan sebelum aku boleh balik rumah.. interview ngan manipal 23/24 aribulan nie. agak2 soalan apela yang diorang nak tanye nanti ekk?? kalau pasal penyakit2 nie haram aku tak tau.....

Malam nie nak gi rumah naqib aku. kire last la nie sbelum aku balik tranung. sdey gile... lepas nie susah da nak jumpe ngan geng usrah aku. kalau takat call ngan mesej brape kali sangat. huuuuuuuuuuuuuu...........

Papepun... TERENGGANU.. HERE I COME.......
rindu gile nak makan nasi dagang....heheheee
kalau korang ade ape2...tepon2 la aku ekkk....tak pun ym je... insyaAllah aku online....

azam_mna90@yahoo.com


sampai berjumpa lagi Shah Alam

WASSALAM..................................



Wednesday, October 14, 2009

PERIHAL EXAM DAN WASIAT-WASIAT BAHARU

ASSALAMUALAIKUM..............


Alhamdulillah, diruang mase yang sedikit nie, lagi stengah jam sebelum maghrib, ade beberape perkara yang aku nak khabarkan, rasenye dah ramai yang tau kot termasukla kawan2 aku yang blaja luar dari MSU nie(macam la besar sangat). esok 15/10/2009, aku akan start ambik exam A2.

Mula ngan math paper1 pastu akhirnye bio paper5 17/11/2009. sume skali ade 10 paper dalam mase sbulan. agak free jugak la tapi still terkapai-kapai nak study. banyak yang belum cover. apatah lagi past year yang masih banyak yang putih mulus umpama kapas belum ternoda dek dakwat2 pen. tapi insyaallah akan ku harungi jua..... (yaaa...jiwang sekali....)

So, aku amat2 berharap agar korang doa2 kan aku supaya dapat result baik dan dapat fly Manipal tahun depan dan dapat jadi doktor yang baik. dan kepada kawan2 aku kat MSU nie, mari ita same2 struggle untuk exam kali nie. kalu korang nampak aku main2, orang tegur la sket. aku nie kalu main kadang2 memang tak ingat akhirat.

Berkenaan ngan wasiat baharu tu, bukan ape, cume wasiat kepada diri aku sendiri dan korang sume supaya sentiasa redha dengan segala takdir Allah. dan ingat hanya pada-Nya tempat bergantung. so, kalu ade masalah, mintakla jalan penyelesaian dari pada-Nya. dan sentiasa bertaqwa dan bertawakkal lah kepada Allah, kerana sesungguhnya...
'Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya'


lagi satu, aku ingat lagi aku ade hutang duit pizza RM17 ringgit ngan khai dan duit air botol RM2.40 ngan hafifi. so bila aku cuti bulan 11 nie pandai2 korang jadi ceti sambilan ek.... duit paper repeat AS tu pun belum bayar lagi. tapi sbb madam buat senyap je so aku pun layan je la. untung2 tak payah bayar....heheheeee..

Dan sesaper yang aku ade terhutang(macam mane boleh ter..???.), termarah, termakan(kompem memang banyak), tersilap dan terkasar bahasa tu..harap2 korang maafkan je la ek. aku nie pun manusia biasa..banyak buat kesalahan...aku tak nafikan............

so, all the best for you all hopefully sume hajat korang tercapai dan hopefully sume hajat2 aku pun tercapai.......insyaallah....

WASSALAM.........................


(p.s- aku beli ikan baru.............)












Sunday, October 11, 2009

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

dicopy paste secara lansung dari laman facebook che'am...http://www.facebook.com/profile.php?id=1668211244


TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH



Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Saturday, October 3, 2009

TAFSIR AL-FANSURI: AL-FATIHAH


Fahri Abdullah al-Masri Sat | Aug 22, 09 | 6:43:40 am MYT

Al-Fatihah

Sebuah surah yang teristimewa dan tidak diberikan kepada lain melainkan umat Muhammad s.a.w. Ia adalah kunci awal, tanda pengenalan berhubung keesaan Tuhan dan sebuah lambang pengukuhan terhadap kedudukan Allah s.w.t sebagai Raja kepada sekalian juzuk dan dimensi alam yang diciptaNya.

Alam buana yang terbelah kepada beberapa ruang lapisan ini, maka Dialah Penciptanya dan segenap pelusuk, setiap inci alam ini mesti tunduk, setia kepadaNya dengan memujiNya setiap saat dan ketika.

Sebagai sebuah surah pembukaan dan pengenalan, Al-Fatihah telah menyampaikan garis-garis besar matlamat kehidupan insan di dunia. Dan, surah ini telah merangkumi semua isu dan tema utama dalam al-Qur'an itu.

Al-Fatihah memberitahu kita bahawa, antara 99 nama Allah yang mulia itu (Asma'ul Husna), hanya dua nama Tuhan yang penting diteliti, difahami dan dimanfaatkan dengan bersungguh-sungguh.

Iaitu nama dan sifat Tuhan - Ar-Rahman dan Ar-Rahim - yang mana kedua-duanya menggambarkan sifat kasih sayang Tuhan yang menenggelamkan sifat-sifatNya yang lain.

Maka, walaupun Tuhan itu suatu Zat yang maha perkasa, maha agung sehingga boleh menimbulkan ketakutan kita terhadapNya, namun, apa yang lebih penting dan utama, dalam Al-Fatihah yang disebutkan sebagai surah awal pengenalan Tuhan ke atas hambaNya, Allah s.w.t mahu menjelaskan keadaan DiriNya yang sebenar, iaitu kasih sayangNya mengatasi kemurkaanNya.

Lantaran itu, dalam ayat-ayat al-Qur'an selepas ini, kita akan kerap bertemu dengan ayat yang memperihalkan taubat dan kalimat Al-Ghafur dan Ar-Rahiim itu akan sentiasa beriringan.

Ayat-ayat ini yang kerap diulang-ulang ini seolah-olah telah mengundang makna bahawa, dalam setiap keadaan, jangan pernah kita berputus asa memohon rahmatNya dan bertaubat sentiasa dan jangan penuh putus harap daripada menuntut keampunanNya.

Ini kerana, Dia adalah Zat yang maha Pengasih dan Dia selalu ingin mendengar rayuan hambaNya yang berdosa dan selalu ingin bertaubat kepadaNya.

Al-Fatihah mengirim berita perkhabaran yang merunsingkan si penzalim dan menggembirakan mereka yang teraniaya di dunia akibat kezaliman yang dihempapkan ke atas mereka.

Berita itu ialah mengenai wujudnya sebuah dunia baru, Yaum ad-Deen, hari agama, hari hukum, hari pembalasan yang membela nasib mereka yang teraniaya di dunia.

Ia adalah hari di mana, tiada ertinya segala dimensi bualan manusia seperti yang wujud di dunia ini, seperti ekonomi dan perdagangan, politik dan kenegeraan, perbincangan mengenai masalah daulah negara, persempadanan semula seperti tajuk-tajuk yang pernah dibualkan di dunia.

Ini kerana, hari pembalasan itu adalah hari di mana milik Tuhan yang berkuasa dan tiada wacana lagi yang bererti pada saat itu melainkan hukum-hukum dan pembalasan ke atas setiap amalan, baik atau jahat. Anak pinak dan kekayaan tidak membawa kesan pengertian apa-apa, melainkan mereka yang membawa pulang hari yang sejahtera!

Tuhan juga memberitahu kita bahawa Dialah tempat kiblat segala sembahan dan Dia juga tempat kiblat segala permintaan, tempat tumbuhnya segala kehendak kita dalam rangka menyelesaikan urusan seharian.

Namun begitu, Tuhan meminta kita mendahulukan sembahan terlebih dahulu, sebelum kita meminta segala hajat keperluan kita. Keperluan kita dikemudiankan selepas amalan sembahan. Tidak boleh didahului keperluan dan membelakangkan sembahan kepadaNya.

Antara kebanyakan hajat keperluan manusia yang tidak terbatas itu, apakah hajat teragung dan keperluan manusia yang paling utama itu? Doa apakah yang paling makbul dan Dia akan selalu mengambil perhatian terhadap isi permintaan doa itu?

Iaitulah doa agar ditunjukkan sebatang jalan yang lurus; siratal mustaqim. Sebatang jalan, lorong, denai Tauhid yang lurus menuju kepada keredhaanNya.

Jalan yang lurus ini memang sudah lama terbentang wujud. Tetapi, adakah kita mampu berjalan di atas jalan yang lurus pada malam yang gelap gelita tanpa pelita. Pekatnya kegelapan malam, akan menyebabkan kita akan mudah terbabas juga jika tidak dipanu cahaya.

Maka cahaya itulah petunjuk yang membantu kita dan memandu kita agar dapat berjalan dengan lebih selamat dan sejahtera. Tunjukilah kami ke arah jalan yang lurus.

Seperti yang termaklum, jalan yang lurus ini juga memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ia bermula dengan nama millah Ibrahim, hanif, ajaran Tauhid sebelum dinamakan Islam saat bangunnya si murabbi ulung; Saidina Muhammad s.a.w.

Jalan lurus ini sebetulnya pernah dirintis oleh beberapa kelompok sebelum ini seperti Iblis, kaum-kaum dahulu yang pernah ingkar terhadap ajaran-ajaran nabi yang dibangkitkan dalam kalangan mereka. Al-Qur�an akan merincikan lagi setiap isi butiran lanjut mengenai mereka ini dalam bab-bab pengkhianatan, episod-episod penderhakaan seterusnya.

Kaum terdahulu yang pernah merintis jalan Tauhid ini adalah Bani Israel yang telah melakukan penderhakaan beberapa kali kerana ditipu oleh pendeta dan rabai dalam kalangan mereka.

Ekoran penderhakaan itu, maka Allah telah bertindak membenamkan mereka ke dalam bumi dan pelbagai bentuk lagi seksaan yang dikenakan ke atas mereka. Sebahagian mereka telah lenyap, hingga yang tinggal ada sebilangan kecil pengikut nabi yang masih setia dengan Tauhid itu.

Juga, antara mereka yang merintis lorong Tauhid ini, watak yang ingkar seperti Iblis yang angkuh dan sombong setelah mengenal Tuhan tapi tetap menderhaka kepada Tuhannya lalu dia isytihar bahawa dirinya disesatkan oleh Tuhannya.

Kita berlindung daripada Allah s.w.t daripada mengikuti jalan penderhakaan, simpang-siur lorong Tauhid yang penuh onak duri di kiri kanannya dan rintangan di depan atau di belakangnya.

Ameen �

6:36 a.m, 1 Ramadhan Sekolah Pemikiran Kg Baru

Thursday, October 1, 2009

Kisah Di Saat Kematian Nabi Akhir Zaman..

Di copy dari laman blog :

Renugilah pula wahai sahabat2 semua..

Kisah di saat kematian Nabi akhir zaman..

Nabi Muhammad s.a.w..

Air mata Rasulullah – detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka…

Saturday, September 26, 2009

SALAM LEBARAN & NOTIS PEBERHENTIAN SEMENTARA

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AZAM DAN ANAK-ANAK



ASSALAMUALAIKUM


Pertama-tama aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang sume. Walaupun lambat sket tapi kira okayla dari takde lansung.

Dikesempatan ni aku nak mintak maapla bebanyak atas segala silap dan salah aku kat sume orang sepanjang aku hidup ni. Aku sedar aku ni bukannye perfect mane pun. So, harapnye korang sume sudi la untuk maafkan aku mane tau kut2 nie last skali aku dapat mintak maaf ngan korang sume kan.

Pape pun aku nak ajak korang sume renungkan balik segala amalan kite mase bulan pose dulu dan berusaha sedaya upaya kita untuk kekal istiqamah dalam ibadat kite kepada Allah S.W.T. bukan stakat bulan pose je kita ibadat kuat2 pastu bile dah abis Ramadhan kita jadi balik macam dulu. Dan marila kita pakat2 doa supaya kita dapat jumpe balik Ramadhan tahun depan

Dan kepade sesaper yang terase macam terikat atau terbelenggu sepanjang bulan pose lepas sbb tak dapat buat aktiviti rutin korang...ehem..ehem...., ade baiknye korang pegi tanye makbapak korang mane tau kut2 korang nie ade bau2 bacang ngan setan@iblis....... paham2 la ekk........

Satu lagi aku nak habaq, lepas nie laptop aku akan tersadai kat umah aku sampaila aku abis pekse nanti. So kalau aku lambat balas mesej korang atau fb aku tak terupdate sampai berminggu-minggu, aku mintak maapla bebanyak ekk.. tapi bukan lame mane pun, takat sebulan lebih je.

Last skali aku nak mintak maapla bebanyak atas segala kesilapan aku dan mane2 yang aku tersilap ambik atau termakan tu aku harap korang sudi halalkan. Almaklumla aku ni kalau makan memang tak ingat akhirat...hehehe... dan doa2kanla supaya aku dapat skor terbaeeekkk.... untuk exam kali nie...

Sampai jumpa lagi............


WASSALAM.............

Sunday, September 6, 2009

MOST EXPENSIVE COMMERCIAL

ASSALAMUALAIKUM...


Aku saje je nak kongsi video nie yang aku jumpe kat youtube pasal Khalid Ibnu Al-Walid.
best giler...



Friday, September 4, 2009

CATATAN SEPARUH RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah. Masuk ari nie dah 15 hari kita pose. Dah stengah bulan dah. Macam tak sedar dah 15 ari. Rase macam baru smalam stat pose. Tup tap tup tap dah 15 ari ek..amacam, tak sabar nak raye ke?? Pose cukup tak?? Kpd sesaper yang tak cukup tu, malula sket. Dah besar panjang dah(women are excluded).

Macam mane plak ngan amalan korang. Ade perubahan tak? Iman? Taqwa? Akhlak? Solat? Tadabbur Al-Quran? Kalau belum, jangan risau. Ade stengah bulan lagi. Banyak mase lagi. Harap2 apa yang kita buat dalam bulan Ramadhan nie berkekalan sampai jumpa balik Ramadhan tahun depan. Amin..

So, kepada sesaper yang dah mula tinggal solat terawih tu, rajin2 kan la untuk datang balik ke masjid dan surau berdekatan. Bukan lame mane pun terawih nie. Rugila kalau tak buat kan. lepas nie dah takde dah. Kene tunggu Ramadhan skali lagi baru jumpe balik. Tu pu kalau sempat laaa....

Macam mane pulak ngan Al-Quran. Dah khatam ke blum?Ssampai target tak lagi? Aku nie mungkin tak dan khaam kot sbb aku suke tadabbur. Bukan stakat bace je tapi paham maknenye skali. Sbb tu aku rekomenkan korang beli Al-Quran terjemahan. Kalau bace tapi tak paham takde makne jugak kan..

Akhir kalam, perbanyakkan la amalan korang dalam sisa-sisa Ramadhan nie. Dan semoga segala amalan yang kita buat dalam bulan nie akan berkekalan hingga kebulan-bulan berikutnya.Amin...

WASSALAM....

(p.s. ari jumaat ari tu aku pegi kat klinik al-fatihah kat masjid negeri. ade jugak 2,3 kesalah al-fatihah yang aku tak tau. ade baiknye korang pun pegi skali check bacaan korang. mana tau ade yang tak sempurna. baca al-fatihah nie rukun solat, kalau silap solat mungkin tak sah)


Wednesday, September 2, 2009

IELTS..



ASSALAMUALAIKUM...


For those of you who don't have any clue what IELTS stands for, it is an examination, a test to be exact, which is very much similar to the low class MUET. The only significant difference between these two is the fact that IELTS is conducted by the British council, and of course, it is internationally recognized. The format, also exactly like MUET, include listening, reading, writing and speaking. However, yon count on my word when I say that the marking would be stricter than MUET.





Tak sangka dalam masa seminggu ni aku buang masa untuk practice bahasa inggeris semata-mata untuk satu test yang takkan ada nilai pun kat Manipal nanti. Apepun, mungkin ade hikmah disebaliknye. Mintak2 la result aku okay. Paling kurang pun band 12. Wakakakakaa….Dah la writing test macam &^$*.


Cakap banyak pun takdak guna. Maghi la kita pakat2 tunggu result kluaq nanti tengok macam mana.

WASSALAM









Sunday, August 23, 2009

PERUTUSAN SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

Perutusan rasmi Al-Amir Bugisi Daeng Azam ibni Azman Al-Adil wal Hikmah insyaallah. Amir segala negeri2 Bugis dan jajahan takluk baginda. Amir adil lagi hensem.....

ASSALAMUALAIKUM..................

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita telah sekali lagi jemput menjadi tetamu Allah dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Di awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka. Di bulan ini diturunkan-Nya Al-Quran yang menjadi pedoman bagi umat manusia, dan dikurniakan kepada kita satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Sesungguhnya inilah masanya bagi kita untuk memperkukuhkan taqwa, memperbanyakkan doa serta membaca dan menghayati Al-Quran. Jadikanlah bulan ini sebagai bulan pesta ibadah, bukan bulan pesta juadah. Jagalah lidahmu, matamu, nafsumu, dan anggotamu dari maksiat. Semoga Allah menerima dan melipatgandakan pahala bagi segala amalan kita.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha agar ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan2 sebelumnya dan semoga kita dapat kembali menjadi tetamu Allah pada ramadhan2 berikutnya. Di kesempatan ini juga, hamba ingin memohon ampun atas segala kesilapan hamba.

WASSALAM........

Wednesday, August 12, 2009

MOTORKU YANG CANTEEEEEKKKK


ASSALAMUALAIKUM

Pertama-tama aku nak ucapkan syukur Alhamdulillah sbb Allah telah bagi result yang elok kat aku. Walaupun cukup makan tapi kalau dipikirkan smula sbenarnye aku la antara student-student yang paling baik dari segi improvement Insyaallah. Dari CGPA 2.78 mase final sem 1 kepada 3B 1C dalam AS. Alhamdulillah.

Adapun ari nie aku nak cakap pasal moto. Dulu aku ade satu bijik moto honda cup berplet JBA 4665. Kalau tak silap motor tu ayah aku beli sbelum aku lahir lagi, so kire motor tu lagi otai dari aku. Dan mase aku kat sekolah rendah dulu motor tu dah tak boleh nak start dah. Nasib baik la pak sdare aku tolong baiki sampai jadi macam baru balik. Dan bile aku masuk sekolah menengah dan pindah rumah baru, motor tu la yang aku gune untuk ke skolah stiap ari. Sebelum motor tu kene curi. Tapi Alhamdulillah jumpe balik.




Banyak betul kenangan aku ngan motor tu. Aku nak bagi satu tips kat korang. Kalau ade biawak sebesor anak buaya duduk kat tengah jalan, ade baiknye korang tunggu beliau blah dulu atau pun korang baling ah ape2 supaya beliau lari. Jangan sekali-kali pecut motor korang dan lalu kat bahagian ekor biawak tu. Sbb biawak nie bile kita lalu kat ekor die, die akan patah balik ke belakang so ade kemungkinan besar die akan langgar tayar motor korang sampai terbalik. Tak caye try ah.

Bagi aku, bawak motor nie ade seninye. Bukan main naik dan pecut jer macam pelesit. Tapi ade beberapa perkara yang korang perlu khatam sebelum layak bawak motor. Antaranye:
1- Yang paling penting skali, hormati motor anda. Walaupun kat meter speed die ade tulis boleh bawak sampai 120 tapi bukan bermaksud korang perlu lanyak motor tu sampai selaju tu. Cukupla dalam 60-80 km/j jer. Lagipun, ape gila nak bawa laju2, tak sayang nyawa ker.....
2- Bawak motor bila perlu je. Ramai orang skarang nie bawak motor sbb nak eksyen. padahal bukan hebat mane pun kalau stakat bawak motor. Lain la kalau bawak ferrari ke, jaguar ke. Lagipun motor nie bukannye slamat sangat. Sbb tu la ade ulamak haramkan bawak motor sbb takde lansung ciri2 keselamatan.
3- Kenali dan bina hubungan yang erat dengan motor anda. Bercakap pasal hubungan. Kku ngan motor aku tu memang kamcing. Setiap kali aku bawak motor tu aku boleh rase enjin die dan jantung aku nie macam berdegup serentak. Sbb tu la aku sdey gile bile motor tu kene curi. Sbb aku tau kalau beli motor lain pun rasenye takkan same ngan moto honda cup tu.

So, kepada sesaper yang nak bawak motor. Pandai2 la jaga keselamatan diri anda dan motor anda. Kalau semata-mata nak menunjuk depan orang laen, aku nasihatkan toksah bawak la. Kalau jatuh depan orang tak pasal-pasal kene tahan malu. Sakit tu apatah lagi. Aku biasenye kalau ade orang eksiden sbb lumba haram aku tanye dulu mati ke tak. Kalau tak mati aku cakap..." kesian motor tu, tak pasal-pasal kene bawak gi repair"...beringat sebelum kene, jangan menyesal sudah la. Ingat tuhan sket.........................


Sekian

Wassalam.............



(p.s. tolong bagi ikan aku makan>>>>>>>>>)




Sunday, August 9, 2009

PERIHAL HATI

Assalamualaikum..

Hari nie aku nak tulis pasal hati. Tapi bukan yang jiwang-jiwang punye. Lagipun hati aku dah berpunye. Dah jadi milik Allah. Nanti kalau Dia bagi lagi satu tempat kosong baru aku pikir part yang jiwang-jiwang tue.

Apepun ari nie aku nak crite pasal satu kejadian yangh berlaku kat aku sendiri ari nie. Crite die macam nie ....................................................
Macam biase kalau free aku akan pegi kat surau mais untuk solat maghrib dan isyak. Dan macam biase jugak selalunya aku yang azan sbb aku sampai awal. Nak dijadikan crite macam biase lepas azan aku sembahyang sunat dan tunggu untuk orang lain sampai. Tunggu punye tunggu takde sorang pun sampai. Makin lame aku jadi makin putus asa. Sampai satu tahap aku nak tepon kawan suruh turun smayang. Tapi tak jadi. Akhirnye aku cakap dalam hati aku......

" Ya Allah, ditangan Kau lah hati-hati hamba Mu. Bukak kan lah hati diorang supaya turun smayang, sorang pun jadilah, kalau aku kene jadi imam walaupun aku dah azan pun takpe asalkan ade yang turun".


Tetiba tak lame lepas tu mari lah dua orang pemuda. Tuhan je lah yang tahu betapa gembiranya hati aku. Rasa macam nak menangis pun ade. Skali pikir sama macam crite Nabi Ibrahim ngan Nabi Lut yang Allah hanta 2 orang malaikat nak bagi berita kat diorang. Dah la tu salah sorang dari pemuda tadi jadi imam. sSpanjang solat isyak tu aku tak putus-putus bersyukur kepada Allah. Dan waktu tu lah aku sedar yang sebanyak mana pun kita usaha untuk ajak orang lain kearah kebaikan, akhirnya sumenye atas kehendak Allah jugak. Tapi bukan bermaksud kalau kita buat salah ni sume atas sebab Allah punye kerja. Sbb Allah dah berfirman.........

“demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya), maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

(Surah Asy-Syams : 7-10)

Oleh itu para sahabat ana sekalian, buka lah hati anta. Allah dah bagi pilihan kat kita. Pilihlah jalan yang terbaik. Jangan ikut sangat nafsu kita nie yang akhirnye akan bawak kita ke lembah kehinaan. Insyaallah, kalau kita selalu ingatkan Allah dalam setiap pekerjaan yang kita buat, kita takkan terbabas.

Akhir kalam...


Assalamualaikum.........................................

(p.s: lepas nie rajin-rajinla turun ke surau. aku nie pun bukan slalu pegi surau. bukan ape, takut surau tu kosong.)

Wednesday, August 5, 2009

TOTAL LOCKDOWN


Assalamualaikum...


Sibuk sangat pasal ISA sejak dua menjak nie sampai tak ingat pulak sbenarnye rumah aku pown dah jadi macam ISA skang nie. Nie sume atas jasa baik pencuri-pencuri laptop yang kerap datang ziarah apartment kitorang kat wisma MAIS nie sampaikan kitorang kene pasang grill. Skali tegok da macam lokap la pulak.





So, time kaseh kepada Mak Tam yang setelah di pujuk rayu beberapa kali akhirnye cair jugak dan bersetuju untuk pasang grill kat rumah kami yang dah macam rumah setinggan bangla nie. Time kaseh Mak Tam, we all sayang Mak Tam lebih la....... tapi jangan lupe repair bumbung bilik izzat ngan hasyim tu. Sian diorang, aku tengok dah macam paya bilik tu.



JANGAN TENUNG KAKI BUDAK NI LAME2
MAKRUH..................


Jadi, lepas nie kalau ade di kalangan pencuri-pencuri yang nak datang ziarah tolong ketuk pintu dan bagi salam dulu. Jangan pakat main redah je mase kitorang takde. Jage sket adab sopan korang tue. Macam la mak ayah tak ajor kan..kan.. Untung-untung kitorang belanje buah "LUKU" sorang satu das .. amacam...

wassalam.....

Saturday, August 1, 2009

HARAMKAN ISA

MANSUH..MANSUH..
MANSUH ISA.........

Alhamdulillah hari nie himpunan mansuhkan ISA berjaya jugak dilaksanakan walaupun ramai yang kene tahan, kene tembak dengan gas pemedih mata dan kene sembur dengan water cannon. In fact, aku rase ni lah demo yang paling teruk skali dibantai oleh Polis RajaDi Malaysia. Kalau tak silap hampir 600 kene tahan dan berpuluh-puluh kelonsong gas pemedih mata jadi hadiah buat pejuang-pejuang anti-ISA. Tapi takpelah, Allah lah sebaik-baik pemberi balasan.




Bercakap pasal ISA, ramai orang tanye aku, pesal yang ko anti sangat ngan ISA ni. Kalu bukan sbb ISA nie Malaysia nie mesti huru-hara ngan komunis, jemaah islamiah, al-maunah dll bla.bla.bla... Tapi aku tak nafikan mende tu, sbb bagi aku kalu seseorang tu bersalah memang patut masuk penjara, tapi kalu menahan tanpa bicara, tanpa bukti, tanpa sbb, ni dah lari dari hukum Islam malahan bercanggah dari segi perlembagaan Malaysia yang kita agung-agung lebih dari Quran sendiri.

Ramai orang yang tak kisah sangat dengan nasib tahanan2 ISA ni. Diorang nak mampos ke diorang punye pasal, tu lah mindset kebanyakkan rakyat Malaysia. Tapi cube korang bayangkan, mase korang tengah tidur, tetiba korang dengar bunyi bising kat luar bilik, pastu korang nampak ayah korang kene gari dan diseret masuk dalam van polis, dan 8 tahun pastu korang cume boleh jumpe bapak korang stahun skali. Tu pun dalam kotak kaca macam BINATANG dalam zoo. Mana pegi perikemanusiaan. Ni lah realiti yang berlaku kepada keluarga tahanan ISA contohnya Mat Sah Satray yang dah 8 tahun disumbat dalam kem kemunting tanpa bukti yang jelas.

So kepada sume yang bace blog nie. pikir2 kan la. Mungkin mase nie korang sokong ISA, tapi bile korang atau ahli keluarga korang sendiri yang kene barulah korang rase... sekian.....

Takbir.............
ALLAHUAKBAR..............
ALLAHUAKBAR................
ALLAHUAKBAR.......................

MANSUH..MANSUH..
MANSUH ISA....

Monday, July 27, 2009

AKU GILA BUKU

Aku memang gila buku. Stakat masuk sem 3 nie dah 3 buah buku aku beli. Tue tak sampai 3 bulan lagi tue.


Dah la satu-satu tu tebal nak mampos. Buku yakjuj-makjuj tu dah 500 muka surat lebih, tak abeh bace sparuh pun lagi dah beli buku kaum-kaum yang pupus yang tebalnya lebih kurang 150 muka surat. Minggu lepas pulak aku beli lagi buku baru mase pegi pesta buku kat PKNS, sejarah dan perkembangan gerakan islam abad moden lebih kurang 170 muka surat. Agak-agak bila la nak abes bace sume buku-buku nie.







Buku fizik, kimia, bio ngan math kurang pulak nak bukak. Dah la exam dah dekat. Tinggal 3 bulan lagi. Ape nak jadi la ngan aku nih.
Ape-ape pon, aku tetap nak rekomenkan korang beli buku-buku nie atau ape-ape buku yang berkonsepkan ilmiah. Bukan buku novel jiwang karat yang takde gune siket pon. Skurang0kurangnye dapat menambahkan ilmu korang. tak gitu????

Sekian

Assalamualaikum

Sunday, July 19, 2009

MARWA AL-SHERBINY, KISAH DUKA UMAT


Sesaper tahu pasal marwa al-sherbiny angkat tangan.............................

(o,0 ) ( O,0)
aik, takkan takder sorang pun tahu????????????
macam nie ke mngaku islam?



Marwa, contoh muslimah sejati yang teguh menegak perintah Allah hingga kehujung nyawanya,
anak jati mesir yang pintar, berjaya, punya ijazah dalam bidang farmasi dariUniversity Alexandria, tapi masih kekal dengan imej bertudung. Pada 2005, beliau mengikut suaminya Elwi Ali-Okaz, berpindah ke German kerana terlibat dalam satu penyelidikan di Max Planck Institude for Molecular Cell Biology and Genetics.

Bermula pada suatu petang sedang Marwa dan anaknya yang berumur 3 tahun pergi ke sebuah taman permainan, mereka telah dihalau oleh seorang lelaki, semata-mata kerana anaknya bermain di sebuah buaian yang ingin digunakan oleh anak saudara lelaki tersebut. Tak cukup dengan itu, Marwa dilempar dengan kata-kata kesat seperti islamist dan terrorist. Marwa kemudiannya membawa kes ini ke mahkamah dan lelaki tadi didenda sebanyak 700 euro dan lelaki ini kemudiannya membawa kes ni ke mahkamah rayuan.

Sedang Marwa berjalan ke kandang saksi, lelaki binatang ini terus menikam Marwa sebanyak 3 kali, sebelum suaminya cuba menyelamatkannya dan akhirnya ditembak oleh seorang polis yang berada dikawasan mahkamah yang menyangka bahawa suaminya merupakan penyerang tersebut. Suaminya koma setelah ditikam di paru-paru oleh lelaki itu . Dan semua kejadian ini disaksikan oleh anaknya yang berusia 3 tahun yang belum mengerti apa-apa. Marwa mati di tempat kejadian dengan 18 tikaman.

Marwa, kisah tragis seorang muslimat sejati yang mati kerana mempertahankan agamanya.
agaknya berapa orang diantara kita yang sanggup menerima takdir yang sama seperti Marwa??


(0,O) ( O,0)
masih belum ada yang mengangkat tangan...............................

AL-FATIHAH.......

ASSALAMUALAIKUM

Friday, July 17, 2009

MEMOIR JIHAD ANAK MELAYU DI AFGHANISTAN



ASSALAMUALAIKUM

So, ni lah pertama kali aku buat ulasan untuk buku yang pernah aku bace bertajuk'memoir jihad anak melayu di afghanistan'

Bagi aku buku ni amat-amat menarik sbb die menceritakan kisah hidup sorang pemuda dari kedah bernama Fauzi Ismail dan perjalanannya hidupnya sehingga akhirnya dijemput Allah sebagai seorang syuhada.

Assyahid Fauzi ni sebenarnya sorang pemuda biasa, budak kampung yang cuma blajar takat skolah menengah je. Skali pandang memang takde ape-ape keistimewaan pun, tetapi ape yang menyebabkan die ni diangkat ke satu darjat yang amat tinggi skali oleh Allah adalah kerana cintanya pada agama Allah sehingga sanggup mewakafkan seluruh hidupnya demi Allah.

Penulis buku ni meceritakan kepada kita tentang bagaimana assyahid mula terlibat dalam aktiviti agama atas kesedaran diri sendiri yang kurang ilmu agama dan bagaimana timbulnya idea untuk menyertai kumpulan mujahidin di afghanistan dan kesanggupan beliau menjadi buruh di felcra dan menjual motorsikal dan kedai runcitnya yang menjadi satu-satunya sumber pendapatan beliau semata-mata untuk menampung perbelanjaan untuk ke medan jihad.

Aku amat-amat rekomenkan korang untuk cari dan beli buku ni sbb dalamnya ade banyak sangat pengajaran dan dorongan untuk kita terus berjihad di jalan Allah dan sebagai satu contoh bahawa bukan semua anak melayu nie dah hanyut dengan dunia tapi masih ade lagi orang-orang macam assyahid yang sudi menjual nyawa kepada Allah untuk balasan syurga abadi.

Al-Fatihah........

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikannya syurga. Mereka berperang untuk jalan Allah lalu mereka yang membunuh ataupun terbunuh.”
( Surah al-Taubah: 111)
Assalamualaikum

Sunday, July 12, 2009

KEJAYAAN KITA, KEJAYAAN BERSAMA, TUMBANGKAN PPSMI

Alhamdulillah.................................................


Akhirnya, setelah kian lama kita tunggu, dasar yang selama ini membunuh akar bangsa kita telah dihapuskan.
Akhirnya bahasa kita kembali dimartabatkan.
Akhirnya segala penat lelah, lebam biru dan parut luka para pencinta bahasa kembali terubat.




ana(selepas ini penggunaan kata saya digantikan dengan "ana") secara dasarnya takde masalah dengan bahasa inggeris. malah dah jadi fardu kifayah bagi kita untuk belajar bahase luar. tapi kalau sampai 'menganak haramkan' bahasa sendiri ini bagi ana amatlah tidak patut.

Bagaimanapun sekarang kerajaan dah bagi satu lagi cadangan untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai syarat lulus spm. pada ana, ini cadangan yang baik untuk dipertimbangkan kerana ana memang tak nafikan penguasaan dalam B.I dapat membantu kita dalam pekerjaan. tapi kerajaan kenalah buat kajian mendalam sebelum cadangan ni dilaksanakan. jangan main tangkap muat jer macam PPSMI dulu. dan kedudukan bahasa melayu pun haruslah dikaji balik supaya bahasa kita ni tak ketinggalan dalam arus pembangunan.

sekian

saya yang menurut perintah ALLAH

assalamualaikum

Thursday, April 23, 2009

CONNECTION INTERRUP

Maka adalah diumumkan..........

sebermula 26 haribulan 4 tahun 2009 masehi ini pangeran azam tidak akan menggunakan internet buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan a level

sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan

kerjasama tuan amat dihargai

yang benar

azam

Friday, April 10, 2009

BLOG BAHARU, PERMULAAN BAHARU

Atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, serta untuk tally kan dengan nama account youtube aku, aku telah melakukan satu tindakan drastik dengan menukar terus laman blog aku.

walaupun skang nie aku belum upload satu pun lagi video dalam youtube, tapi untuk sem akan datang aku akan cuba untuk upload beberapa vlog dalam channel youtube tu. so korang boleh la tengok video disamping baca blog aku nih.

so sesape yang nak alamat blog & youtube aku sila-silalah tekan abjad dibawah dengan teliti=

http://www.azambugis.blogspot.com/
http://www.youtube.com/user/azambugis

"permulaan baharu untuk masa depan yang lebih gemilang"

sekian

wassalam......................