Monday, July 27, 2009

AKU GILA BUKU

Aku memang gila buku. Stakat masuk sem 3 nie dah 3 buah buku aku beli. Tue tak sampai 3 bulan lagi tue.


Dah la satu-satu tu tebal nak mampos. Buku yakjuj-makjuj tu dah 500 muka surat lebih, tak abeh bace sparuh pun lagi dah beli buku kaum-kaum yang pupus yang tebalnya lebih kurang 150 muka surat. Minggu lepas pulak aku beli lagi buku baru mase pegi pesta buku kat PKNS, sejarah dan perkembangan gerakan islam abad moden lebih kurang 170 muka surat. Agak-agak bila la nak abes bace sume buku-buku nie.







Buku fizik, kimia, bio ngan math kurang pulak nak bukak. Dah la exam dah dekat. Tinggal 3 bulan lagi. Ape nak jadi la ngan aku nih.
Ape-ape pon, aku tetap nak rekomenkan korang beli buku-buku nie atau ape-ape buku yang berkonsepkan ilmiah. Bukan buku novel jiwang karat yang takde gune siket pon. Skurang0kurangnye dapat menambahkan ilmu korang. tak gitu????

Sekian

Assalamualaikum

Sunday, July 19, 2009

MARWA AL-SHERBINY, KISAH DUKA UMAT


Sesaper tahu pasal marwa al-sherbiny angkat tangan.............................

(o,0 ) ( O,0)
aik, takkan takder sorang pun tahu????????????
macam nie ke mngaku islam?



Marwa, contoh muslimah sejati yang teguh menegak perintah Allah hingga kehujung nyawanya,
anak jati mesir yang pintar, berjaya, punya ijazah dalam bidang farmasi dariUniversity Alexandria, tapi masih kekal dengan imej bertudung. Pada 2005, beliau mengikut suaminya Elwi Ali-Okaz, berpindah ke German kerana terlibat dalam satu penyelidikan di Max Planck Institude for Molecular Cell Biology and Genetics.

Bermula pada suatu petang sedang Marwa dan anaknya yang berumur 3 tahun pergi ke sebuah taman permainan, mereka telah dihalau oleh seorang lelaki, semata-mata kerana anaknya bermain di sebuah buaian yang ingin digunakan oleh anak saudara lelaki tersebut. Tak cukup dengan itu, Marwa dilempar dengan kata-kata kesat seperti islamist dan terrorist. Marwa kemudiannya membawa kes ini ke mahkamah dan lelaki tadi didenda sebanyak 700 euro dan lelaki ini kemudiannya membawa kes ni ke mahkamah rayuan.

Sedang Marwa berjalan ke kandang saksi, lelaki binatang ini terus menikam Marwa sebanyak 3 kali, sebelum suaminya cuba menyelamatkannya dan akhirnya ditembak oleh seorang polis yang berada dikawasan mahkamah yang menyangka bahawa suaminya merupakan penyerang tersebut. Suaminya koma setelah ditikam di paru-paru oleh lelaki itu . Dan semua kejadian ini disaksikan oleh anaknya yang berusia 3 tahun yang belum mengerti apa-apa. Marwa mati di tempat kejadian dengan 18 tikaman.

Marwa, kisah tragis seorang muslimat sejati yang mati kerana mempertahankan agamanya.
agaknya berapa orang diantara kita yang sanggup menerima takdir yang sama seperti Marwa??


(0,O) ( O,0)
masih belum ada yang mengangkat tangan...............................

AL-FATIHAH.......

ASSALAMUALAIKUM

Friday, July 17, 2009

MEMOIR JIHAD ANAK MELAYU DI AFGHANISTAN



ASSALAMUALAIKUM

So, ni lah pertama kali aku buat ulasan untuk buku yang pernah aku bace bertajuk'memoir jihad anak melayu di afghanistan'

Bagi aku buku ni amat-amat menarik sbb die menceritakan kisah hidup sorang pemuda dari kedah bernama Fauzi Ismail dan perjalanannya hidupnya sehingga akhirnya dijemput Allah sebagai seorang syuhada.

Assyahid Fauzi ni sebenarnya sorang pemuda biasa, budak kampung yang cuma blajar takat skolah menengah je. Skali pandang memang takde ape-ape keistimewaan pun, tetapi ape yang menyebabkan die ni diangkat ke satu darjat yang amat tinggi skali oleh Allah adalah kerana cintanya pada agama Allah sehingga sanggup mewakafkan seluruh hidupnya demi Allah.

Penulis buku ni meceritakan kepada kita tentang bagaimana assyahid mula terlibat dalam aktiviti agama atas kesedaran diri sendiri yang kurang ilmu agama dan bagaimana timbulnya idea untuk menyertai kumpulan mujahidin di afghanistan dan kesanggupan beliau menjadi buruh di felcra dan menjual motorsikal dan kedai runcitnya yang menjadi satu-satunya sumber pendapatan beliau semata-mata untuk menampung perbelanjaan untuk ke medan jihad.

Aku amat-amat rekomenkan korang untuk cari dan beli buku ni sbb dalamnya ade banyak sangat pengajaran dan dorongan untuk kita terus berjihad di jalan Allah dan sebagai satu contoh bahawa bukan semua anak melayu nie dah hanyut dengan dunia tapi masih ade lagi orang-orang macam assyahid yang sudi menjual nyawa kepada Allah untuk balasan syurga abadi.

Al-Fatihah........

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikannya syurga. Mereka berperang untuk jalan Allah lalu mereka yang membunuh ataupun terbunuh.”
( Surah al-Taubah: 111)
Assalamualaikum

Sunday, July 12, 2009

KEJAYAAN KITA, KEJAYAAN BERSAMA, TUMBANGKAN PPSMI

Alhamdulillah.................................................


Akhirnya, setelah kian lama kita tunggu, dasar yang selama ini membunuh akar bangsa kita telah dihapuskan.
Akhirnya bahasa kita kembali dimartabatkan.
Akhirnya segala penat lelah, lebam biru dan parut luka para pencinta bahasa kembali terubat.




ana(selepas ini penggunaan kata saya digantikan dengan "ana") secara dasarnya takde masalah dengan bahasa inggeris. malah dah jadi fardu kifayah bagi kita untuk belajar bahase luar. tapi kalau sampai 'menganak haramkan' bahasa sendiri ini bagi ana amatlah tidak patut.

Bagaimanapun sekarang kerajaan dah bagi satu lagi cadangan untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai syarat lulus spm. pada ana, ini cadangan yang baik untuk dipertimbangkan kerana ana memang tak nafikan penguasaan dalam B.I dapat membantu kita dalam pekerjaan. tapi kerajaan kenalah buat kajian mendalam sebelum cadangan ni dilaksanakan. jangan main tangkap muat jer macam PPSMI dulu. dan kedudukan bahasa melayu pun haruslah dikaji balik supaya bahasa kita ni tak ketinggalan dalam arus pembangunan.

sekian

saya yang menurut perintah ALLAH

assalamualaikum