Wednesday, October 14, 2009

PERIHAL EXAM DAN WASIAT-WASIAT BAHARU

ASSALAMUALAIKUM..............


Alhamdulillah, diruang mase yang sedikit nie, lagi stengah jam sebelum maghrib, ade beberape perkara yang aku nak khabarkan, rasenye dah ramai yang tau kot termasukla kawan2 aku yang blaja luar dari MSU nie(macam la besar sangat). esok 15/10/2009, aku akan start ambik exam A2.

Mula ngan math paper1 pastu akhirnye bio paper5 17/11/2009. sume skali ade 10 paper dalam mase sbulan. agak free jugak la tapi still terkapai-kapai nak study. banyak yang belum cover. apatah lagi past year yang masih banyak yang putih mulus umpama kapas belum ternoda dek dakwat2 pen. tapi insyaallah akan ku harungi jua..... (yaaa...jiwang sekali....)

So, aku amat2 berharap agar korang doa2 kan aku supaya dapat result baik dan dapat fly Manipal tahun depan dan dapat jadi doktor yang baik. dan kepada kawan2 aku kat MSU nie, mari ita same2 struggle untuk exam kali nie. kalu korang nampak aku main2, orang tegur la sket. aku nie kalu main kadang2 memang tak ingat akhirat.

Berkenaan ngan wasiat baharu tu, bukan ape, cume wasiat kepada diri aku sendiri dan korang sume supaya sentiasa redha dengan segala takdir Allah. dan ingat hanya pada-Nya tempat bergantung. so, kalu ade masalah, mintakla jalan penyelesaian dari pada-Nya. dan sentiasa bertaqwa dan bertawakkal lah kepada Allah, kerana sesungguhnya...
'Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya'


lagi satu, aku ingat lagi aku ade hutang duit pizza RM17 ringgit ngan khai dan duit air botol RM2.40 ngan hafifi. so bila aku cuti bulan 11 nie pandai2 korang jadi ceti sambilan ek.... duit paper repeat AS tu pun belum bayar lagi. tapi sbb madam buat senyap je so aku pun layan je la. untung2 tak payah bayar....heheheeee..

Dan sesaper yang aku ade terhutang(macam mane boleh ter..???.), termarah, termakan(kompem memang banyak), tersilap dan terkasar bahasa tu..harap2 korang maafkan je la ek. aku nie pun manusia biasa..banyak buat kesalahan...aku tak nafikan............

so, all the best for you all hopefully sume hajat korang tercapai dan hopefully sume hajat2 aku pun tercapai.......insyaallah....

WASSALAM.........................


(p.s- aku beli ikan baru.............)












Sunday, October 11, 2009

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

dicopy paste secara lansung dari laman facebook che'am...http://www.facebook.com/profile.php?id=1668211244


TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH



Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Saturday, October 3, 2009

TAFSIR AL-FANSURI: AL-FATIHAH


Fahri Abdullah al-Masri Sat | Aug 22, 09 | 6:43:40 am MYT

Al-Fatihah

Sebuah surah yang teristimewa dan tidak diberikan kepada lain melainkan umat Muhammad s.a.w. Ia adalah kunci awal, tanda pengenalan berhubung keesaan Tuhan dan sebuah lambang pengukuhan terhadap kedudukan Allah s.w.t sebagai Raja kepada sekalian juzuk dan dimensi alam yang diciptaNya.

Alam buana yang terbelah kepada beberapa ruang lapisan ini, maka Dialah Penciptanya dan segenap pelusuk, setiap inci alam ini mesti tunduk, setia kepadaNya dengan memujiNya setiap saat dan ketika.

Sebagai sebuah surah pembukaan dan pengenalan, Al-Fatihah telah menyampaikan garis-garis besar matlamat kehidupan insan di dunia. Dan, surah ini telah merangkumi semua isu dan tema utama dalam al-Qur'an itu.

Al-Fatihah memberitahu kita bahawa, antara 99 nama Allah yang mulia itu (Asma'ul Husna), hanya dua nama Tuhan yang penting diteliti, difahami dan dimanfaatkan dengan bersungguh-sungguh.

Iaitu nama dan sifat Tuhan - Ar-Rahman dan Ar-Rahim - yang mana kedua-duanya menggambarkan sifat kasih sayang Tuhan yang menenggelamkan sifat-sifatNya yang lain.

Maka, walaupun Tuhan itu suatu Zat yang maha perkasa, maha agung sehingga boleh menimbulkan ketakutan kita terhadapNya, namun, apa yang lebih penting dan utama, dalam Al-Fatihah yang disebutkan sebagai surah awal pengenalan Tuhan ke atas hambaNya, Allah s.w.t mahu menjelaskan keadaan DiriNya yang sebenar, iaitu kasih sayangNya mengatasi kemurkaanNya.

Lantaran itu, dalam ayat-ayat al-Qur'an selepas ini, kita akan kerap bertemu dengan ayat yang memperihalkan taubat dan kalimat Al-Ghafur dan Ar-Rahiim itu akan sentiasa beriringan.

Ayat-ayat ini yang kerap diulang-ulang ini seolah-olah telah mengundang makna bahawa, dalam setiap keadaan, jangan pernah kita berputus asa memohon rahmatNya dan bertaubat sentiasa dan jangan penuh putus harap daripada menuntut keampunanNya.

Ini kerana, Dia adalah Zat yang maha Pengasih dan Dia selalu ingin mendengar rayuan hambaNya yang berdosa dan selalu ingin bertaubat kepadaNya.

Al-Fatihah mengirim berita perkhabaran yang merunsingkan si penzalim dan menggembirakan mereka yang teraniaya di dunia akibat kezaliman yang dihempapkan ke atas mereka.

Berita itu ialah mengenai wujudnya sebuah dunia baru, Yaum ad-Deen, hari agama, hari hukum, hari pembalasan yang membela nasib mereka yang teraniaya di dunia.

Ia adalah hari di mana, tiada ertinya segala dimensi bualan manusia seperti yang wujud di dunia ini, seperti ekonomi dan perdagangan, politik dan kenegeraan, perbincangan mengenai masalah daulah negara, persempadanan semula seperti tajuk-tajuk yang pernah dibualkan di dunia.

Ini kerana, hari pembalasan itu adalah hari di mana milik Tuhan yang berkuasa dan tiada wacana lagi yang bererti pada saat itu melainkan hukum-hukum dan pembalasan ke atas setiap amalan, baik atau jahat. Anak pinak dan kekayaan tidak membawa kesan pengertian apa-apa, melainkan mereka yang membawa pulang hari yang sejahtera!

Tuhan juga memberitahu kita bahawa Dialah tempat kiblat segala sembahan dan Dia juga tempat kiblat segala permintaan, tempat tumbuhnya segala kehendak kita dalam rangka menyelesaikan urusan seharian.

Namun begitu, Tuhan meminta kita mendahulukan sembahan terlebih dahulu, sebelum kita meminta segala hajat keperluan kita. Keperluan kita dikemudiankan selepas amalan sembahan. Tidak boleh didahului keperluan dan membelakangkan sembahan kepadaNya.

Antara kebanyakan hajat keperluan manusia yang tidak terbatas itu, apakah hajat teragung dan keperluan manusia yang paling utama itu? Doa apakah yang paling makbul dan Dia akan selalu mengambil perhatian terhadap isi permintaan doa itu?

Iaitulah doa agar ditunjukkan sebatang jalan yang lurus; siratal mustaqim. Sebatang jalan, lorong, denai Tauhid yang lurus menuju kepada keredhaanNya.

Jalan yang lurus ini memang sudah lama terbentang wujud. Tetapi, adakah kita mampu berjalan di atas jalan yang lurus pada malam yang gelap gelita tanpa pelita. Pekatnya kegelapan malam, akan menyebabkan kita akan mudah terbabas juga jika tidak dipanu cahaya.

Maka cahaya itulah petunjuk yang membantu kita dan memandu kita agar dapat berjalan dengan lebih selamat dan sejahtera. Tunjukilah kami ke arah jalan yang lurus.

Seperti yang termaklum, jalan yang lurus ini juga memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ia bermula dengan nama millah Ibrahim, hanif, ajaran Tauhid sebelum dinamakan Islam saat bangunnya si murabbi ulung; Saidina Muhammad s.a.w.

Jalan lurus ini sebetulnya pernah dirintis oleh beberapa kelompok sebelum ini seperti Iblis, kaum-kaum dahulu yang pernah ingkar terhadap ajaran-ajaran nabi yang dibangkitkan dalam kalangan mereka. Al-Qur�an akan merincikan lagi setiap isi butiran lanjut mengenai mereka ini dalam bab-bab pengkhianatan, episod-episod penderhakaan seterusnya.

Kaum terdahulu yang pernah merintis jalan Tauhid ini adalah Bani Israel yang telah melakukan penderhakaan beberapa kali kerana ditipu oleh pendeta dan rabai dalam kalangan mereka.

Ekoran penderhakaan itu, maka Allah telah bertindak membenamkan mereka ke dalam bumi dan pelbagai bentuk lagi seksaan yang dikenakan ke atas mereka. Sebahagian mereka telah lenyap, hingga yang tinggal ada sebilangan kecil pengikut nabi yang masih setia dengan Tauhid itu.

Juga, antara mereka yang merintis lorong Tauhid ini, watak yang ingkar seperti Iblis yang angkuh dan sombong setelah mengenal Tuhan tapi tetap menderhaka kepada Tuhannya lalu dia isytihar bahawa dirinya disesatkan oleh Tuhannya.

Kita berlindung daripada Allah s.w.t daripada mengikuti jalan penderhakaan, simpang-siur lorong Tauhid yang penuh onak duri di kiri kanannya dan rintangan di depan atau di belakangnya.

Ameen �

6:36 a.m, 1 Ramadhan Sekolah Pemikiran Kg Baru

Thursday, October 1, 2009

Kisah Di Saat Kematian Nabi Akhir Zaman..

Di copy dari laman blog :

Renugilah pula wahai sahabat2 semua..

Kisah di saat kematian Nabi akhir zaman..

Nabi Muhammad s.a.w..

Air mata Rasulullah – detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka…