Tuesday, March 15, 2011

Nikmat Ukhuwah


Sedang ana duduk didepan laptop sementara menunggu azan maghrib, tiba-tiba keluar chat dari facebook ana

akhi X : muslimdaie90.blogspot.com
ana : ???
akhi X : blog tuh

Sambil mata terkebil2 ana buka blog yg dibagi si akhi X tadi. Minda ana masih cuba menafsirkan sbb musabab kenapa si akhi tadi dengan tetiba bagi alamat blog itu.

Sejak menjejakkan kaki di bumi Jogja ini, ana dah jarang contact dengan ikhwan2 di Terengganu. Sesekali balik bercuti barulah dapat melepaskan rindu bertemu dengan ikhwan2 yg sudah lama tidak bersua muka. Maka sbb itulah juga ana berasa hairan kenapa akhi X boleh tergerak hati untuk bagi alamat blog tu kat ana. Akhi X ni pun tak pula kata apa-apa, cuma bagi alamat blog je

Setelah blog tadi dibuka, ana terus bace post pertama yg keluar di screen laptop, berkenaan dengan kefahaman dalam bab2 pergaulan antara muslimin dan muslimat. Hati ana tiba-tiba tersentap. Terkenang peristiwa petang tadi dimana didalam sebuah mesyuarat sedang ana dan teman2 yg lain membentangkan satu aktiviti yg sudah sempurna dirangka, tiba-tiba dibangkang oleh seorang akhawat dengan alasan program itu ada percampuran antara lelaki dan perempuan.

Ego lelaki mula merasuk, dalam hati ana berkata " macam la kite nie tak tahu batas laki ngan pompuan, kan kite dah bagi tempat suku2 utk buat aktiviti, yg lelaki ambik padang bola, yg pompuan ambik tempat teduh sbelah padang".... akhirnya program yg dirancang terpaksa dicancel dan diganti dengan program lain. Walaupun redha dengan keputusan majoriti, tapi hati masih terkilan sbb ana antara yg memberi idea utk aktiviti tu.

Setelah membaca blog yg dikasi oleh akhi X, perasaan ana bercampur-campur, antara insaf dan takjub. Insaf mengenangkan diri yg terlanjur dengan keegoan sehingga lupa akan perintah Allah

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Al-Isra':32)

Mungkin kerana terlampau excited nak buat aktiviti sampai ana lupa satu perkara penting yg perlu dijaga. Yg bukan hanya sekadar pandanga atau sentuhan, tapi juga batas hati yg sentiasa terdedah dengan panahan beracun syaitan. Kalaupun hati ini dapat menjaga batasan itu, bagaimana dengan hati2 lain yg ikut terlibat? sanggupkah kelak menanggung saham dosa yg dibuat??? nauzubillah...

Dalam pada keinsafan itu terbit pula rasa takjub. Bagaimana si akhi X nie boleh terlintas utk berkongsi laman blog tu? Mungkinkah dia dapat merasakan seorang akhi nya nun jauh di Jogja sudah semakin hanyut dalam lautan keeogannya? Atau mungkin hanya mahu berkongsi ilmu dari blog itu?? Wallahua'lam

Apapun, bagi ana, mungkin inilah yg dikatakan nikmat ukhuwah. Walaupun jauh dimata, tapi rasa kebersamaan itu sentiasa ada. Dan mungkin inilah caranya Allah mepertautkan kembali hati2 ini dan menuntunnya menuju redhaNya....

WASSALAM....

p/s: semoga Allah merahmati dan mengurniakan sebaik-baik balasan kepada akhi X. jzkk ya akhi.....

1 comment:

  1. Salam Ukhuwah dapatkan Pen pembaca Al-Quran dari kami sempena promosi Ramadhan kami menawarkan harga istimewa

    ReplyDelete