Wednesday, November 25, 2009

ANAK KOTA PULANG KE DESA

ASSALAMUALAIKUM

Ni la post terakhir aku kat mais nie. lepas nie dah nak balik Terengganu. Naik bas pukul 9.30, harap2 la jalan ke Terengganu tak banjir.

Selama nie aku tak sabar2 nak balik kampung. Ye la. Ngan keadaan MAIS yang tahap tak lepas CF nie, tambah pulak ngan karenah MSU yang bermacam-macam, sape yang boleh tahan. Kalau sikit2 takpe lagi, nie tak..............

Tapi, smakin dekat ngan waktu departure(padahal naik bas je), makin aku rase sedih. Tak tau la sbb ape. Belum ape2 da start rase rindu ngan Shah Alam nie. Sedih sbb lepas nie da tak boleh jumpe ngan ikhwah2 usrah aku, ngan geng JPA dan tak lupe ngan bebudak MAIS.

Kalau diimbas balik setahun setengah nie, aku sebenarnya dah banyak berubah. Kire macam dah dewasa la. Dan kalau bukan sbb aku ditakdirkan duk kat Shah alam nie, aku rase aku takkan jadi macam siapa aku hari nie. Kat sini aku belajar untuk bersabar, paham sifat dan perangai orang lain, belajar untuk memahami dan menerima, berjuang untuk memegang prinsip hidup aku, tapi masih boleh menerima prinsip orang lain, dan berlapang dada walau seteruk mana pun aku diasak ngan perangai dan karenah manusia.

Rindu kat Shah Alam. Gelanggang aku mengutip cebisan2 pengalaman, buat bekalan di hari kemudian. Lepas nie dah takde lagi Solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, takde lagi Plaza Alam Sentral, takde lagi Surau MAIS, takde lagi MSU, dan takde lagi Seksyen 3.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang lebih baik daripada sebelumnya, dan tetapkanlah aku dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Mu Ya Allah

WASSALAM.................

No comments:

Post a Comment