Sunday, November 22, 2009

PERIHAL TUDUNG DAN SOGO

ASSALAMUALAIKUM.....

Aku baru je balik dari KL.. Kuala Lumpur.... ibu negara Malaysia.... or should i say ibu neraka.... semalam aku sempat ronda2 KL ngan mak aku. Jalan2 kat sogo beli baju. Lagipun mega sale baru start. Tapi sepanjang mase aku kat sogo tu aku terperasan satu benda.

TUDUNG................

Yup, tudung. Hampir 98 peratus perempuan yang aku jumpe kat sogo ari tu pakai tudung. Mesti korang akan cakap.. 'Okay la macam tu, takkan tu pun nak komen'... dan aku akan jawab..'Ya, memang bagus. bagus sangat2.....tapi...'

Aku mengaku, yang aku nie suka berprejudis, dan dalam kepala aku nie bile dengar je KL, aku terus terpikir....KL= tempat maksiat secara berjamaah=remaja kurang ajar=pempuan free hair= budak laki punk. Itu da memang stereotype.... dari dulu sampai sekarang....dan realiti yang aku nampak kat sogo aritu buat aku terpikir, ape dah jadi sbenarnya???

Kebetulan???? Atau semua dah insaf??? Atau semata-mata terperangkap ngan fesyen ala-ala muslimah yang tengah meletop-letop skang nie??? Sambil tangan aku sibuk membelek-belek baju yang tengah diskaun gile2 kat sogo tu, otak aku ligat memikirkan satu penjelasan yang logik......

Dan sampai skang nie pun aku masih tertanya-tanya apa sbenarnye yang berlaku... Tapi mungkin bukan itu pengajaran yang Allah nak bagi kat aku, mungkin ade sesuatu yang tersirat. Mungkin Dia nak bagitau bahawa aku ni JUMUD...ya..jumud.

Jumud sbb selalu pikir yang buruk2 pasal orang lain, Jumud sbb aku tak pernah terpikir yang manusia, seburuk dan sekotor mana pun..tetap boleh berubah menjadi manusia yang lebih mulia dan lebih suci dari aku nie. Jumud sbb aku terlupa bahawa Allah itu mampu membolak-balikkan hati manusia......

"Wahai Dzat yang Membolak-balikkan Hati, Tetapkan Hatiku Dalam Agama-Mu"

Dan mungkin KL bukan lagi seperti KL yang dulu. Bukan lagi sarang manusia2 yang jahil akan tuhannya, bukan lagi tapak pesta tempat manusia yang lupa tempat kembalinya, bukan lagi tapak pasar manusia memperdagangkan agamanya demi secebis nikmat dunia.....

Dan mungkin antara menara2 yang melangit itu masih ada manusia2 yang berasa kerdil dihadapan tuhan mereka. Dan disebalik noda2 gelap jalan belakang mati Lorong Haji Taib itu masih ade secebis keinsafan, di balik mendung langit dikala senja itu masih ada sejalur sinar keimanan. dan semuanya kerana tudung, sogo dan megasale......
Wallahua'lam....




5 comments:

  1. sebab lumrah manusia, nampak y luar, tak nak tengok y dalam.
    nampak KL, tak nampak org dalam KL. nampak Jln DUKE tol mahal, tak nampak highway tol murah tapi jam makan minyak.

    ni tak bermaksud apa2 tau. tapi bagi aku, bukan luaran y jadi ukuran (menutup aurat tu tuntutan agama, tak boleh nafikan lah kan). tapi kan ada hadis "yang terbaik antara kamu, ialah yang berperibadian mulia"

    nak kata nya sini, jangan lah tengok orang tu free hair, kita terus anggap orang tu jahat. orang tu bertudung labuh, dia baik sangat2. bagi aku tak de benda camtu. sebab tak guna kalau kau sembahyang subuh kat masjid pakai serban semua lepas tu on the way balik, kau naik motor langgar traffic light kan(ni betul jadi and kau tak bermaksud kau tau azam. haha)

    bagi aku, aku still berpegang pada satu cerita ni, di mana (cehh. di mana..haha) ada seorang pelacur ni, masuk syurga sebab dia bagi makan kat anjing yang kelaparan. :)

    overall conclusion, jangan pandang agama tu pada ibadah dan luaran je :) Islam tu kan indah. kadang2 orang asyik solat, solat sunat, sampai lupa akhlak :) (and lagi sekali tak nafikan tutup aurat tu tuntutan agama. haha) ok azam ok? :) semoga kita tak lari dari landasan Dia. aminn.

    ReplyDelete
  2. amiin :) azam, orang kl kdg2 lg baek dr yg kat tmpt laen tau :P tp manusia kan, tak suma nye sama, mngkin masa ko kluar tu kebetulan suma orang baek2 kuar kot hee :D

    ReplyDelete
  3. aminnn... betul tu "apai"ruzaimi and spark wakkakakaka...

    aku tak nafikan bahawa iman tu bermula dari hati yang yakin.. dan hati yang yakin itu akan diluahkan melalui perkataan yang benar dan haq...dan dizahirkan melalui perbuatan dan akhlaq serta tingkah laku berlandaskan islam. dan Allah sahaja yang tahu akan isi hati manusia.
    siapa kita untuk menilai, dan siapa kita untuk menghakimi. sedang nabi sentiasa sabar dalam berdakwah kepada golongan musyrikin, takkan kita tak boleh sabar dalam mentarbiah saudara sendiri...

    apepun, sume urusan akan kembali kepada Allah... samaada kita tunduk kepadanya di dunia.. atau dipaksa tunduk padaya di akhirat....
    wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. knapa ak wakakka? tu trademark jaha woo

    ReplyDelete
  5. btul2.tutup aurat mean bkn bungkus je.pakai bju longgar sedikit,biar xnmpak susuk bdn.(laki xpe,btol serius).phmkan btul2 ek definis menutup aurat dgn btul ye kaum hawa sekalian alam

    ReplyDelete