Sunday, July 12, 2009

KEJAYAAN KITA, KEJAYAAN BERSAMA, TUMBANGKAN PPSMI

Alhamdulillah.................................................


Akhirnya, setelah kian lama kita tunggu, dasar yang selama ini membunuh akar bangsa kita telah dihapuskan.
Akhirnya bahasa kita kembali dimartabatkan.
Akhirnya segala penat lelah, lebam biru dan parut luka para pencinta bahasa kembali terubat.




ana(selepas ini penggunaan kata saya digantikan dengan "ana") secara dasarnya takde masalah dengan bahasa inggeris. malah dah jadi fardu kifayah bagi kita untuk belajar bahase luar. tapi kalau sampai 'menganak haramkan' bahasa sendiri ini bagi ana amatlah tidak patut.

Bagaimanapun sekarang kerajaan dah bagi satu lagi cadangan untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai syarat lulus spm. pada ana, ini cadangan yang baik untuk dipertimbangkan kerana ana memang tak nafikan penguasaan dalam B.I dapat membantu kita dalam pekerjaan. tapi kerajaan kenalah buat kajian mendalam sebelum cadangan ni dilaksanakan. jangan main tangkap muat jer macam PPSMI dulu. dan kedudukan bahasa melayu pun haruslah dikaji balik supaya bahasa kita ni tak ketinggalan dalam arus pembangunan.

sekian

saya yang menurut perintah ALLAH

assalamualaikum

No comments:

Post a Comment