Friday, July 17, 2009

MEMOIR JIHAD ANAK MELAYU DI AFGHANISTAN



ASSALAMUALAIKUM

So, ni lah pertama kali aku buat ulasan untuk buku yang pernah aku bace bertajuk'memoir jihad anak melayu di afghanistan'

Bagi aku buku ni amat-amat menarik sbb die menceritakan kisah hidup sorang pemuda dari kedah bernama Fauzi Ismail dan perjalanannya hidupnya sehingga akhirnya dijemput Allah sebagai seorang syuhada.

Assyahid Fauzi ni sebenarnya sorang pemuda biasa, budak kampung yang cuma blajar takat skolah menengah je. Skali pandang memang takde ape-ape keistimewaan pun, tetapi ape yang menyebabkan die ni diangkat ke satu darjat yang amat tinggi skali oleh Allah adalah kerana cintanya pada agama Allah sehingga sanggup mewakafkan seluruh hidupnya demi Allah.

Penulis buku ni meceritakan kepada kita tentang bagaimana assyahid mula terlibat dalam aktiviti agama atas kesedaran diri sendiri yang kurang ilmu agama dan bagaimana timbulnya idea untuk menyertai kumpulan mujahidin di afghanistan dan kesanggupan beliau menjadi buruh di felcra dan menjual motorsikal dan kedai runcitnya yang menjadi satu-satunya sumber pendapatan beliau semata-mata untuk menampung perbelanjaan untuk ke medan jihad.

Aku amat-amat rekomenkan korang untuk cari dan beli buku ni sbb dalamnya ade banyak sangat pengajaran dan dorongan untuk kita terus berjihad di jalan Allah dan sebagai satu contoh bahawa bukan semua anak melayu nie dah hanyut dengan dunia tapi masih ade lagi orang-orang macam assyahid yang sudi menjual nyawa kepada Allah untuk balasan syurga abadi.

Al-Fatihah........

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikannya syurga. Mereka berperang untuk jalan Allah lalu mereka yang membunuh ataupun terbunuh.”
( Surah al-Taubah: 111)
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment